Kredit to Starving Time di atas perkongsian gambar. |
Assalammualaikum dan hai.
Baca tajuk resepi pun dah tahu konfem sedap giler sotong bakar sumbat udang ni. Di tambah dengan Sos Cili Hijau Manis ala Thai, memang tak boleh share dengan orang lainlah. 😂
Jutaan terima kasih kepada tuan punya resepi Sotong Bakar Sumbat Udang dengan Sos Cili Hijau Manis Ala Thai, aku terjumpa resepi ni di Page Resepi Online. Bahan dan cara nak masak pun tak susah. Jom masak dengan penuh kasih sayang.
Bahan-bahan
Sotong saiz besarIsi udang
Telor
Bahan sos
Cili padi
Gula
Garam
Cuka masakkan
Bawang putih
Bawang merah
Bahan kisar untuk inti
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cara buat inti
Hancurkan isi udang
Gaul dengan telur dan bahan kisar
Cara sumbat
Sumbat inti tadi ke dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala dia bersatu.
Cara masak sotong
Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak kelar-kelar sedikit tapi jangan sampai terpisah pula ye.
Cara buat sos
Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!
Cara menghidang
Curah sos cili manis tadi. Siap untuk dimakan.
*Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz. Cuba la! Selamat menjamu selera!
mak ai besonye hahaha sha kadang takut nak makan stong besar besar haha
BalasPadamperghhh.. terlioq jugak ni... kena try la no..
BalasPadamAllahuuuuu menggodanyaaa tapi sutn mahal huwaaaaa
BalasPadamTQ kak eiza sharing sos tu...kalau takde sos khas tu x jadi la sotong bakar tu kak...dapnya!
BalasPadamPergh... Kecur liur dah tengok gambar.. nanti try buatlah.. tq kak
BalasPadamKena cuba ni...inti tu klu tukar ngn fish ball agak2 sedap x...
BalasPadamIdea tu nampak macam sedap je. Kecur liur dah ni.
PadamNak tanya isi udang dan telur tu kena masakkan dulu ke baru campur dgn barang kisar untuk masukkan dlm sotong? Ke semua mentah telur dan udang tu?
BalasPadamTak perlu masak dulu...eiza cincang kecil je. Gaul ngan bahan kisar dan telur. Bila dah bakar...bahan sumbat tadi pun masak juga.
PadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!