Salam dan hai korang. 😘

Dari hujung tahun lepas lagi aku dah plan nak beli calculator untuk Daniel. Tahun 2018 Daniel masuk ke tingkatan 3. Calculator ada dua jenis. Jenis A untuk murid tingkatan 1-3. Jenis B untuk tingkatan 4-5. Memandangkan tahun ni Adam masuk tingkatan 1, calculator Daniel yang sedia ada akan di wariskan kepada Adam. 

Aku jumpa jenama xxx berharga rm66.90. Jenama yang sama dengan calculator Daniel. Terbeliak  mata aku. 

"Awat mahal sangat ni dik. Rasanya 2 tahun lepas harga bawah 40 ringgit je. Ada jenama lain tak?"

"Takde Kak. Kami jual jenama ni je."

"Kalau macam tu, tak jadi belilah. Akak survey kat tempat lain dulu. Thanks ye."

"Oh okay, takpe Kak."

Senyum je adik manis yang jaga kedai buku tu. Dia sendiri cakap aku bukanlah parents pertama yang terkejut tengok harga. Tapi dah itu harga jualan mereka.

Sehinggalah sekolah bermula, Daniel terpaksa guna calculator lama semula memandangkan untuk dua minggu pertama, adalah minggu suaikenal  pelajar tingkatan 1. Dan misi pencarian calculator masih aku teruskan. 

Dan akhirnya, Daniel maklumkan stok calculator dah restok di koperasi sekolah. Sebelum ni sold out! Dan sebagai ahli koperasi sekolah, dia dan Diyana dah reserved untuk diri sendiri dan rakan yang dah booking. Nampak tak istimewanya bila kita dah jadi 'orang dalam' di dalam sesebuah organisasi. Dan gunalah keistimewaan tu untuk perkara yang baik-baik. 

Tahun ini juga, guru besar dah buat keputusan untuk guna jenis ini dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Alhamdulillah. 

Kan bagus jika sejak dulu lagi selaraskan sahaja macam ni. Bermula dengan Diyana. Bila dia masuk ke tingkatan 3, aku dah beli calculator khas untuk tingkatan 4 dan 5. Calculator dia di wariskan kepada Daniel. 

Aku yang anak ramai, bolehla guna sistem calculator turun temurun. Untuk mereka yang ada anak sorang? Kan dah terjadi pembaziran. Jauh di sudut hati aku dah ada protes tak setuju dengan sistem yang ditentukan. Aku just pendamkan.

Daniel tunjuk calculator baru dia. Olympia. Ada label diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum ni anak-anak aku guna jenis yang takde label.  Harga koperasi sekolah rm35. Aku search online, paling tinggi harga dalam rm40.

Zaman aku belajar dulu, hanya pelajar tingkatan 4 kelas sains yang ambil add math guna scientific calculator ni. Aku yang kelas akaun rasa lega tak dapat guna. 

Berbeza dengan sistem pembelajaran terkini. Bermula seawal tingkatan 1 dah didedahkan dengan mukadimah subjek add math. Bertabahlah anak-anak semua. 

Okay, sampai sini sahaja cerita aku tentang calculator. Jangan lupa tulis nama kat calculator sebab hot item juga benda ni di sekolah. Selit sahaja di dalam poket baju kurung atau seluar sekolah. Kalau hilang, kumpul duit sendiri dan belilah yang baru. Baru kau tahu erti kehilangan. 😉



6 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Kos belajar tinggi. Tak per beli sorang satu, sampai universiti guna

    BalasPadam
  2. calculator ni kadang2 sama dengan kawan2, kadang2 ada kawan ambik dengan sengaja, kena label siap2.

    BalasPadam
  3. uish..memang giler mahal.Zaman dl RM35.. itupun dah mahal bagi ina..teringat zaman sekolah.Beli guna duit biasiswa je..

    BalasPadam
  4. ini memang kena tulis siap2. kang tak sampai seminggu tak takde.

    BalasPadam
  5. Yang untuk form 4 5 x boleh guna untuk form 1 2 3 ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Tapi memandangkan akak Daniel tingkatan 5 tahun tu, itulah sebab kena beli lain untuk Daniel. Harga Calculator tingkatan 1, 2 & 3 murah sikit dari yang tingkatan 4 & 5.
      Tahun akak Daniel tingkatan 1, koperasi sekolah tak jual lagi calculator. Tu yang harga tak ketahuan. Ada yang sampai RM60 sebuah if nak yang boleh pakai dari tingkatan 1 hingga 5.

      Padam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama