Emoji bintang mata aku sebaik sahaja terpandang gambarnya yang lalu lalang di timeline Facebook. Creamy Matte Lipstick dari Sendayu Tinggi akan dilancarkan dalam minggu ini. Rambang mata aku melihat pelbagai warna lipstick. Sungguh mengoda.
Harga Creamy Matte Lipstick RM32.85 ( ahli RM29.55 ) Tak terlalu mahal sebab aku ahli. Hee...
Sekali sekala mesti reward untuk diri sendirikan.
Kenapa aku suka lipstick jenis matte? Sebab tinggal di Penang yang terkenal dengan surname Food Heaven adakalanya buat mulut aku teringin nak makan itu dan ini. Dengan secalit lipstick jenis matte ni, takdelah buruk rupa ketika nak suap makanan hanya kerana tak nak lipstick comot. Mesti korang dah terlihat video tu. Dalam dok kontrol ayu bila tiba part nak suap makanan ke mulut, terus wajah bertukar jadi menyeramkan.
Calit je matte lipstick. Wajah korang tetap ayu dan sopan je mata orang yang memandang. Kau pun boleh menjamu selera tanpa risau comot atau masih berbaki ke gincu bibir?
Lipstick jenis matte ni selalunya tahan lama sebab kandungan minyak yang sedikit. Jenis matte ini juga akan buat bibir kita jadi kering dan bergaris-garis. Sapu sedikit pelembap bibir atau lip balm sebelum memakai lipstick untuk elakkan kulit bibir pecah-pecah dan menggelupas. Wanita dan lipstick mana mungkin berpisah.
Produk Sendayu Tinggi boleh di dapati di Watson dan belian secara online di laman web mereka. Terima kasih sebab singgah di blog aku. (^_^)
setuju... ibarat lipstick dan kawan baik lahh.. hihihi.
BalasPadamlipstick matte mmg lebih cantik dari yg glossy.Kite pon obses ngan matte
BalasPadammacam best jer matte lipstick ni. warnanya mengancam!
BalasPadamGeng! Suka yang lipsmate jugak. Lagi selesa and feeling feeling cantik sekali. Hehee
BalasPadamfollow this blog
BalasPadampakai lipsmatte tidaklah muncung mulut-mulut time suap makan..utk elak lipstic tanggal.
BalasPadampeminat jugak produk sendayu tinggi ni nak cari lah nanti..heehheh tambah koleksi...
BalasPadamCatat Ulasan
No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!