gambar : mazidulakmal.com
Tidak ada seorang pun yang boleh mendakwa bahawa dirinya pakar tentang orb, tetapi ini adalah tugas dan tanggungjawab setiap penyiasat paranormal. 

Menurut para pengkaji paranormal, orb adalah dipercayai sebagai roh manusia atau “suatu bentuk tenaga” yang pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Adalah dipercayai bahawa orb-orb lebih suka menetap di dunia ini kerana ikatannya lebih kuat kepada tempat-tempat yang disukainya semasa hidup. 

Ada juga yang berpendapat bahawa selain daripada jin, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang Allah ciptakan, orb adalah sejenis hidupan mikroorganisma yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. 

Ada segolongan saintis pula berpendapat bahawa orb tidak berkaitan langsung dengan unsur-unsur roh. Ianya adalah sejenis tenaga yang berkaitan dengan “Hukum Termodinamik Pertama” (tenaga tidak boleh dimusnahkan) tetapi ia hanya berpindah dari satu jisim ke jisim yang lain.

Saya berpendapat bahawa Orb itu bukanlah terdiri daripada roh orang yang matI kerana roh orang yang mati tidak akan kembali hidup didunia ini…kerana kita sebagai manusia akan terus hidup berpindah daripada satu alam kepada alam yang lain…yang pernah dikatakan orang pernah jumpa orang yang dah mati…saya berpendapat yang dijumpainya itu adalah sebangsa jin yang menyerupai orang yang sudah mati…keterangan tentang orang mati tidak kembali ke alam nyata ini ada dinyatakan dalam artikel paranormal dalam website ini iaitu artikel Jenis-jenis Hantu 

Jurugambar professional bermati-matian mengatakan orb adalah merupakan salah satu kesan kesilapan optik atau refleksi cahaya terhadap habuk yang biasanya dihadapi oleh kamera-kamera digital. (http://pyrrho.s5.com/orbs.html)

Cerdik pandai agama lebih terdorong bahawa orb adalah jin. 

"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11) 

Sifat-sifat 

Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali…walaupun ianya paling mudah bagi mereka…kita tetap tidak dalam melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya boleh dilihat dengan rakaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita boleh lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, dalam frekuensi yang tinggi… 

Ia adalah suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merakamkan imej-imej. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berjaya dirakamkan adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sesebuah orb akan mempunyai bahagian dalaman dan terdapat satu bintik ditengahnya yang dipanggil “nucleus”. 

Imej cahaya yang terhasil dari orb juga berbeza antara satu sama lain. Sesetengah dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat. 

Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan laju dan tidak dijangka hala tujunya. 

Orb biasanya hadir di merata-rata tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat popular di kalangan pengkaji paranormal.


Nota : Kini baru saya ketahui, apa itu orb. Boleh baca blog Mazidul mengenai kes paranormal bersama krew '666' beliau dengan penghayatan yang tinggi. ;)



16 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. GreenAppleKu - thanks for the info..:-)

    BalasPadam
  2. @ SCLover, you are welcome, kita sama-sama mencari APA ITU ORB.. moga sama-sama boleh baca blog Mazidul dengan happy sebab dah faham apa itu orb.

    BalasPadam
  3. o0o0o baru la den paham ape tu ORB.. ingtkn singkatan utk perkataan ape entah hehe ;p

    thanks for da info~ ;D

    BalasPadam
  4. @ reez,samalah dengan saya reez. Disebabkan rasa ingin tahu, search dan share ngan semua. Baru bila org crita, kita boleh menyampuk sama. hehe..

    BalasPadam
  5. @ logorithm, erm..rasanyer i pernah komen kat entri you yg ini. Kisah you n your family g ziarah kubur tu kan. btul tak? hehe..

    BalasPadam
  6. hehe lepas ni bolehlah guna perkataan ORB takot2kan org hehe.. teruskan share info2 ye..

    tQ gak sudi terterjah blog sy..
    salam perkenalan juga dari sy ;D

    BalasPadam
  7. @ reez, saya memang kuat usik kawan2. menceriakan pejabat yg stress sebab kerja yg menimbun... Lepas ni awa berani ker nak guna camera berkuasa tinggi dan snap gambar waktu mlm di tempat2 yg punya misteri tersendiri ? Gulp..

    BalasPadam
  8. As-salam. Ulama mengatakan bahawa Orbs itu adalah sebenarnya dikaitkan dengan Qarin seseorang manusia yakni tenaga2 baik dan jahat yang digunakan oleh manusia sepanjang hidupnya. Apabila dia meninggal, Qarinnya masih lagi berlegar di dunia dan tidak mengikut roh si mati. Jahat atau baiknya orbs/qarin itu pula bergantung kepada perlakuan manusia itu semasa hayatnya. Dan kalau nak tau orbs mane yg jahat, kalernya merah manakala yang biru/putih/hijau tu normal. Orbs bukan jin dan qarin juge bukan jin. Maaf kalau ade yg terlebih/ terkurang. Wallahualam.

    BalasPadam
  9. @ F.A.R.A.H. deeb , tiada yg terlebih atau terkurang, its just nice. : )

    BalasPadam
  10. Jom baca kisah anak-anak dikelilingi ORBS disini

    BalasPadam
  11. Yup... saje jer tumpang trafik Cik GA. Hehe...

    Nak tumpang lagi lah! :-D

    I terambik gambar paranormal aktivity sini --> http://logokoko.blogspot.com/2011/04/qingming-2011.html

    BTW, thanx Cik Farah atas info menarik!

    BalasPadam
  12. ohhh...baru tahu..ingat apao td orb tu...

    BalasPadam
  13. Salam semua..
    Mohon maaf buat F.A.R.A.H. deeb kerana pada saya pendapat anda kebanyakkannya tersilap. Saya tidak mahu mengulas lanjut tapi jawapan sebenar akan anda dan teman2 yang lain yg berminat mengetahui akan lebih lanjut tentang masalah penghuraian anda adan anda semua temui disini : kubranewszamany.blogspot.com

    Bila kita ingin mengetahui sesuatu maka cari lah ilmu. Tanpa ilmu kita mungkin boleh tersesat tanpa kita sedari. Apabila telah masuk ke level itu maka akan bertambah mudahlah kita di hanyutkan dengan lebih jauh lagi. Maka berhati2lah dengan tipuan duniawi baik dari hal yg nyata mahupun yg tidak berapa jelas kerana golongan JIN itu terlalu besar dan kerana umur yg panjang maka kebijaksanaan mereka diluar batas pemikiran kita secara puratanya. Segala yg di dunia ghaib selain dari golongan MALAIKAT kesemuanya adalah dari bangsa JIN semata, tidak ada yg lain. Setakat ini sahaja, diharap sesiapa yg berminat untuk memberikan komen yg negatif atas saranan saya ini, tidak perlulah melakukannya kerana masa yg ada lebih bermanfaat untuk anda gunakan dengan pergi ke laman yg telah saya sebutkan tadi dan mengutip sebanyak mana ilmu yg dijelaskan disitu selengkap2nya. Cuma penambahan dari saya, andai punya kelapangan masa, bacalah ia dari muka surat belakang sekali dan juga komen2 yg ada disitu kerana ia akan menambahkan lagi pengetahuan kita. Bacalah dengan hati yg terbuka dan bukannya mencari kesilapan dari perbandingan dengan apa yg telah kita pelajari sebelum dan yang mungkin sedikit bertentangan dengan pendapat kita kerana pada saya apa yang dijelaskan disitu tiada `buyers` kepada mana2 pihak mahupun kefahaman tetapi lebih kepada yg benar semata2 berlandaskan apa yg sebenarnya ISLAM itu bermaksud.

    Salam buat semua dan terimakasih buat admin.

    BalasPadam
  14. orbs tu roh?? betul ker?

    bukan ker roh akan berada dialam bazakh selepas meninggalkan jasad? Hmmmm.....

    BalasPadam
  15. alam roh ni hnya ALLAH SWT je yg tw...manusia x taw tu sbb bnyk sgt pendapat ttg orbs nih....hat saintis cakap lagu ni, hat para ulama' cakap lagu ni...

    tp lgu mna pun hnya ALLAH SWT je yg tw...

    WALLAHUALAM!

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama