KUCING PUN DENGKI..TAPI KUCING NI COMEL..
Ada sesiapa nak tolong jawap persoalan di atas? Tak sudah-sudah dengki manusia-manusia ini. Isu dengki-mendengki heboh dan menjadi isu diserata blog blogger otai sejak kebelakangan ini. Dan yang dengki tu pula adalah terdiri dari kawan rapat, kenalan mahupun blogger baru.

Saya terjah blog En. Ben, ada isu dengki. Terjah blog Jejaka Terhangat, ada juga isu dengki. Terbaru blog Eqbalzack pun terkena virus dengki ni. (klik kalau nak baca isu dengki ni). Belum lagi saya senaraikan blog blogger otai wanita. Banyak.

Yang menjadi punca dengki ini adalah kerana blogger tersebut mendapat pendedahan oleh pihak media. Blog mereka masuk majalah, masuk suratkhabar, dan blog mereka ramai follower.

Kenapa perlu dengki, kalau hendak jadi seperti mereka, berusahalah menjadi seperti mereka. Banyak tips dan petua yang diberikan oleh mereka. If there a will, there's always a way. 

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang di kurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi seorang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah yang maha mengetahui segala sesuatu. (An-Nisa: 32).

Nota buat orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahwa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan hendaklah ia ingat bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal.


3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. nice entri GA.. betul tu elakkan la sifat dengki.. lebih baik kita cuba improve diri kita utk jadi sama/lebih baik dgn yg orang kita iri hati tu.. tu lagi bagus..

    latest -
    -Kempen Tak Sambut Valentine Day
    -Aku Dan Bolasepak..

    BalasPadam
  2. salam...abg eq singgah sini...
    entry ni cukup bagus pada yg suka dengki2 ni..hehe

    BalasPadam
  3. @ Fariq, nasib baik Fariq tak dengki ngan GA. Takde faedahnya dengki ni, silap haribulan boleh sakit mental.

    @ Abg Eqbalzack, tq sebab sudi singgah blog yg tak seberapa ni. Just ignore org yg ada virus ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama